Mawas
Mawas

Mawas

Chororapithecidae
Proconsulidae
Afropithecidae
Pliobatidae
Hylobatidae
HominidaeMawas (Hominoidea) adalah salah satu cabang daripada primat antropoid Dunia Lama yang berasal dari Afrika dan Asia Tenggara. Ia merupakan kelompok saudara kepada monyet Dunia Lama yang bersama-sama membentuk klad Catarrhini. Mawas dibezakan daripada primat lain oleh lebihnya kebebasan bergerak pada sendi bahu yang berkembang dengan pengaruh brakiasi. Dalam penggunaan am, istilah "mawas" tidak termasuk manusia, dan oleh itu tidak bersamaan dengan takson Hominoidea. Terdapat dua cabang yang masih wujud dalam superfamili Hominoidea, iaitu ungka (mawas kecil); dan hominid (mawas besar). Kecuali gorila dan manusia, hominoid adalah pemanjat pokok tangkas. Mawas memakan pelbagai makanan asas tumbuhan dan haiwan, tetapi rata-ratanya tumbuhan, yang termasuk buah, daun, tangkai, akar dan biji, termasuk kacang dan biji rumput. Makanan manusia kadang-kadang sangat berbeza dengan mawas sejajar dengan perkembangan teknologi dan pelbagainya habitat. Manusia adalah spesies hominid yang paling banyak, malah mengatasi bilangan semua primat lain sebanyak ribuan kali. Kebanyakan hominoid bukan manusia adalah spesies yang jarang didapati atau terancam kepupusan. Ancaman utama kepada kebanyakan spesies terancam adalah kehilangan habitat hutan hujan tropika, malah beberapa populasi makin terancam oleh kegiatan memburu untuk daging. Mawas-mawas besar Afrika juga menghadapi ancaman dari virus Ebola. Kini dianggap sebagai ancaman terbesar untuk bertahan hidup kera Afrika, wabak Ebola dipersalahkan atas kematian sekurang-kurangnya sepertiga gorila dan cimpanzi sejak tahun 1990.[4]