Monyet_Dunia_Lama
Monyet_Dunia_Lama

Monyet_Dunia_Lama

Cercopithecinae - 12 genus
Colobinae - 10 genusMonyet Dunia Lama atau Cercopithecidae merupakan sebuah keluarga primat, dan satu-satunya keluarga dalam superkeluarga Cercopithecoidea dalam klad (atau parvorder) Catarrhini.Monyet Dunia Lama kini berasal dari Afrika dan Asia, mendiami pelbagai jenis persekitaran baik hutan hujan tropika mahupun savana, tanah semak mahupun pergunungan, bahkan juga diketahui pernah terdapat di Eropah melalui rekod fosil. Bagaimanapun terdapat sekawan monyet yang masih wujud berkeliaran di Gibraltar (Eropah) kini. Monyet Dunia Lama termasuklah kebanyakan spesies primat bukan manusia yang sedia diketahui umum seperti babun dan kera.

Berkaitan