Ciri-ciri Monyet_Dunia_Lama

Monyet Dunia Lama bersaiz sederhana ke besar. Ada yang tinggal di pokok dan ada yang tinggal di atas tanah sahaja. Jenis yang kecil sekali ialah talapoin dengan kepanjangan kepala ke tubuh 34–37 cm dan berat 0.7–1.3 kilogram, sementara yang terbesar ialah mandril jantan (sedangkan mandril betina jauh lebih kecil), pada panjang sekitar 70 cm dan berat sebanyak 50 kilogram.[2]

Dari segi rupa luaran, monyet Dunia Lama berbeza dengan mawas kerana mempunyai ekor (nama keluarganya bermaksud "mawasa berekor"), malah bezanya lagi dengan monyet Dunia Baru adalah ekornya tidak mencekau. Secara teknikal, perbezaan monyet Dunia Lama dan Dunia Baru bergantung pada struktur hidung, malah perbezaan monyet Dunia Lama dengan mawas bergantung pada kegigian (bilangan gigi sama bagi kedua-dua pihak, tetapi berlainan bentuknya). Lubang hidung monyet Dunia Baru menghadap ke sisi sementara lubang hidung monyet Dunia Lama menghadap ke bawah. Antara perbezaan lain termasuklah ektotimpanik (tulang telinga) berbentuk tiub, dan lapan batang geraham kecil berbanding 12 batang pada monyet Dunia Baru. Maka formula gigi monyet Dunia Lama ialah: 2.1.2.3 2.1.2.3 {\displaystyle {\tfrac {2.1.2.3}{2.1.2.3}}}

Fosil Paracolobus chemeroni

Berkaitan