Ungka
Ungka

Ungka

Genus:
Hylobates
Hoolock
Nomascus
Symphalangus
Ungka (bahasa Inggeris: Gibbon) atau nama saintifiknya Hylobatidae merupakan sejenis Mawas yang tinggal di pendalaman hutan di Asia Tenggara dan Asia Selatan. Walaupun rupanya seperti monyet, Ungka merupakan sebahagian dari keluarga Mawas yang termasuk Orang Utan, Cimpanzi dan lain-lain. Ungka (Hylobatidae) terpisah dari Mawas Besar (Hominidae) kira-kira 20 juta tahun dahulu. Ungka hanya tinggal di Asia, terutama sekali di Asia Selatan dan Asia Tenggara walaupun ada yang tinggal di Asia Timur. Ungka terbahagi kepada 4 genera iaitu Hylobates, Hoolock, Nomascus dan Symphalangus (Siamang). 2 genera Ungka tinggal di Malaysia iaitu symphalangus dan hylobates.