May Ayim (3 Mei 1960 – 31 Ogos 1996) ialah seorang
penyair,
guru,
pengarang, dan
aktivis Afro-Jerman. Beliau dilahirkan dengan nama Sylvia Andler, kepada ibu bapanya yang tidak berkahwin. Ibunya berbangsa
Jerman,
Ursula Andler, dan bapanya ialah seorang mahasiswa kedoktoran Ghana,
Emmanuel Ayim.
[1]May dijaga oleh keluarga
Jerman kulit putih, Opitz. Beliau dibesarkan di Westphalia dengan nama May Opitz.
[1] Setelah kembali ke pangkuan bapa kandungnya, beliau menggunakan nama May Ayim sebagai
nama penanya.
[2]Setelah bekerja keras untuk mempersiapkan Black History Month (1996), May menderita
gangguan mental dan fizikal. Beliau dirawat di bangsal psikiatrik hospital
Auguste Viktoria di
Berlin pada Januari 1996. Para doktor mendiagnosis beliau menderita
sklerosis berbilang. Mereka menghentikan rawatan, yang berdasarkan pada keyakinan bahawa beliau mengalami
kemurungan dan melepaskannya pada April 1996. Meneruskan perjuangannya dengan kemurungannya, May diterima semula setelah cubaan membunuh diri. Beliau kembali pada Julai. Beliau membunuh diri pada 9 Ogos 1996 dengan melompat dari tingkat 13 di sebuah bangunan di
Berlin.