Maybach
Maybach

Maybach

Maybach Motorenbau (Sebutan bahasa Jerman: [ˈmaɪ.bax][1]) ialah syarikat pengeluar kereta Jerman yang tidak lagi beroperasi yang kini wujud sebagai subjenama Mercedes-Benz. Syarikat ini diasaskan pada tahun 1909 oleh Wilhelm Maybach dan anaknya, yang pada asalnya merupakan anak syarikat Luftschiffbau Zeppelin GmbH dan sendiri dikenali sebagai Luftfahrzeug-Motorenbau GmbH hingga tahun 1912.Pada tahun 1960, Maybach diperolehi oleh Daimler-Benz. Jenama itu kembali sebagai jenama kereta mewah sendiri pada akhir abad ke-20, berkongsi komponen penting dengan Mercedes-Benz. Selepas jualan yang perlahan, nama Maybach kembali lagi sebagai subjenama Mercedes-Benz, yang dimiliki oleh Daimler AG. Daimler kini mengeluarkan edisi ultra mewah Mercedes-Benz S-Class di bawah jenama Mercedes-Maybach.[2]