Mecca-Cola ialah
minuman berkarbonat berperisa kola yang merupakan produk utama
Mecca Cola World Company, dipasarkan sebagai produk alternatif
AS seperti
Coca-Cola dan
Pepsi-Cola. Nama produk ini mengandung transliterasi
abjad Latin untuk مكة المكرمة (
Makkah al-Mukarramah, atau "
Makkah",
bahasa Inggeris:Mecca), kota suci
Islam di
Arab Saudi. Dilancarkan di
Perancis pada
November 2002, oleh usahawan Tawfik Mathlouthi, sebagai alat membantu rakyat
Palestin dengan menyediakan keperluan buat produk alternatif di negara
Eropah. Minuman ini diilhamkan daripada minuman ringan
Iran yang terkenal,
Zam Zam Cola, dan sangat popular di
Arab Saudi dan
Bahrain, dan diputuskan pelancaran patennya sendiri ketika ia tidak bersetuju dalam kontrak pengedaran bersama Zam Zam Cola. Dalam giliran, Mecca-Cola mengilhamkan pembentukan
Qibla Cola. Kini, Mecca-Cola dijual secara meluas di
Timur Tengah dan di daerah tertentu seperti di
Eropah,
Asia, dan
Afrika. Walaupun produk ini diciptakan di Perancis, kini perusahaan ini berpusat di
Dubai,
Emiriah Arab Bersatu. Salah satu perjanjiannya ialah untuk menyumbang 10% keuntungannya untuk projek kemanusiaan (seperti sekolah) di daerah
Palestin, dan 10% lainnya untuk sumbangan
amal di negeri-negeri minuman ini dijual. Pendiriannya yang tidak berkompromi ini ditonjolkan melalui slogan syarikat ini, yang muncul di semua barangannya: "No more drinking stupid, drink with commitment!" ("Tidak lagi minum begitu sahaja, minum dengan kesungguhan!")Di samping penghasilan kola, syarikat ini juga menjual minuman ringan berperisa buah dibawah nama Mecca-Cola. Syarikat ini juga ialah penaja — dan minuman rasmi — Sidang
OIC pada
Oktober 2003 yang diadakan di
Malaysia.