Media Mechamato_(watak)

Filem

Filem siri ini, yang diberi nama "Mechamato Movie", pada asalnya dirancang untuk dikeluarkan pada 2020, tetapi ditunda ke 2021.[15] Treler rasmi telah dikeluarkan pada 1 Januari 2021 untuk tayangan 2021. Filem ini akan diedarkan oleh Astro Shaw.[16] Bagaimanapun, disebabkan ketidaktentuan situasi dan vaksinasi wabak COVID-19, filem tersebut telah ditangguhkan beberapa kali, dari November atau Disember 2020 kepada Mac 2021 kepada Mei atau Jun 2021 dan akhirnya hingga akhir tahun 2021.[17] Bagaimanapun, rancangan untuk mengeluarkan filem ini lebih awal daripada siri animasi dibatalkan kerana pandemik COVID-19 dan siri animasi tersebut telah pun dibangunkan mengikut jadual yang ditetapkan untuk dikeluarkan pada Disember 2021.[18] Filem ini akan dikeluarkan selepas musim pertama siri animasi atau lebih lewat, berdasarkan situasi COVID-19.[19]

Siri animasi

Siri animasi, bernama "Mechamato: The Animated Series" diumumkan akan disiarkan di Cartoon Network Asia di bawah WarnerMedia untuk rantau Asia-Pasifik.[12] Ia telah ditayangkan pada 4 Disember 2021, dengan episod sneak peek khas pada 6 November 2021.[20] Walaupun siri ini dikeluarkan sebelum Mechamato Movie, ia adalah sekuel kepada filem tersebut.[18][19] Siri ini akan tersedia di 21 negara dengan alih suara dalam bahasa Inggeris, Melayu, Indonesia, Kantonis, Vietnam, Mandarin, Tagalog dan Thai untuk negara masing-masing pada 4 Disember 2021.[21] Untuk bahasa Korea, ia akan tersedia mulai 11 Disember 2021 di Korea Selatan[21], manakala untuk bahasa Jepun, ia boleh didapati mulai 27 Mac 2022 di Jepun.[6]

Untuk luar Asia, Jetpack Distribution telah memperoleh hak seluruh dunia, yang mana ia termasuk musim pertama yang terdiri daripada 26 episod.[1]