Media_Mulia

Media Mulia Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran bahan bercetak Malaysia. Ditubuhkan pada 23 Ogos 2018 dengan nama Dilof Sdn. Bhd. (Dilof) sebagai anak syarikat Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan), namanya telah ditukar kepada Media Mulia pada 9 Oktober 2019 lantaran 70 peratus kepentingan Dilof dijual kepada Aurora Mulia Sdn. Bhd. (Aurora Mulia),[1] pemegang saham terbesar Media Prima Berhad, kumpulan media dan hiburan terbesar Malaysia.[2]Media Mulia mengambil alih pengurusan Utusan Malaysia dan Kosmo! apabila kedua-dua akhbar berkenaan dihentikan pada Oktober 2019.[3]