Meet_Uncle_Hussain
Meet_Uncle_Hussain

Meet_Uncle_Hussain

Meet Uncle Hussain (juga dieja MeetUncleHussain atau meetunclehussain, singkatan MUH) ialah sebuah kumpulan muzik bebas Malaysia yang pada asalnya dianggotai oleh empat orang iaitu Lan (vokal utama/gitar kedua), Taja (gitar utama/vokal latar), Kudux (dram) dan Afat (bass/vokal latar). Mereka juga pernah menggunakan khidmat bekas pemain dram Flop Poppy dan Gerhana Skacinta, Bakri ketika persembahan mereka. Konsep lagu yang didendangkan oleh Meet Uncle Hussein berbentuk rock progresif.Pencapaian besar mereka yang terawal ialah dijadikan Kumpulan DIY Terbaik oleh majalah ROTTW pada tahun 2005. Pada tahun 2007, kumpulan ini makin laris dengan penampilan dua lagu mereka, La La La Kerjalah dan Lagu Untukmu sebagai lagu tema KAMI yang bertemakan perjuangan pemuzik bebas di Malaysia. Pencapaian terkini dinobat sebagai juara lagu di Anugerah Juara Lagu 23.Pada awal tahun 2009, Lan meninggalkan kumpulan itu setelah mengalami perselisihan faham dengan ahli-ahli kumpulan yang lain, lantas menubuhkan 'kugiran satu ahli' yang bernama Azlan & The Typewriter.

Meet_Uncle_Hussain

Berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia
Syarikat rakaman Satu Music Entertainment
Laman sesawang Laman web rasmi
Genre Progressive /Indie/Rock
Bekas ahli Lan (penyanyi/gitar)
Kudux (dram)
Taja (gitar/penyanyi latar)
Afat (bes/penyanyi latar)
Tahun aktif 2001—2014

Rujukan

WikiPedia: Meet_Uncle_Hussain http://amp.channelv.com/amp/viewArtist.html?id=755... http://www.myspace.com/meetunclehussain http://www.star-ecentral.com/news/story.asp?file=/... http://www.gua.com.my/Entertainment/Gua-Pedia-Arti... http://www.gua.com.my/Entertainment/Showbiz-Detail... http://www.hits1.com.my/sejarah6.htm http://www.klue.com.my/articles/1277-Introducing-M... http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/... http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...