KAMI_-_The_Series

KAMI ialah tajuk yang diberi kepada sebuah siri drama televisyen Malaysia yang merupakan komponen utama dalam projek KAMI yang dilancarkan oleh Nokia untuk melariskan pemuzik indie tanahair. Siri terbitan Red Communications sepanjang lapan episod ini disiarkan di 8TV setiap Rabu, 10 malam mulai 5 September 2007. Siri TV KAMI dibintangi Liyana Jasmay, Ezani, Juliana Evans, Nas T Muammar Zar dan Ani Zayanah Ibrahim.Pada tahun 2008, siri KAMI keluar di dalam bentuk DVD sekitar bulan Ogos, ditambah lagi dengan susulan kisahnya oleh filem KAMI the Movie yang ditayangkan kepada umum mulai 1 Oktober sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.