KAMI

KAMI ialah tajuk yang diberi kepada satu projek khusus untuk mempromosi artis muzik indie/underground di Malaysia. KAMI merupakan usahasama 8TV, Monkey Bone Records dan Redfilms, bersama Nokia (siri TV, 2007) dan Hotlink (filem, 2008).Menurut penerbit eksekutif Redfilms, Lina Tan, tujuan inisiatif KAMI diadakan adalah untuk mengubah tanggapan negatif oleh masyarakat terhadap pemuzik bebas yang kurang mendapat pengiktirafan dalam industri muzik.[1]Projek KAMI terdiri daripada sekurang-kurangnya empat komponen yang dilaksanakan dari tahun 2007 hingga 2008: KAMI - The Series, sebuah siri drama televisyen; KAMI - The Gigs; satu siri persembahan muzik live sempena siri drama tersebut; KAMI - The Album yang menampilkan 15 buah lagu dendangan pemuzik indie yang dijadikan runut bunyi siri drama tersebut; dan filem KAMI yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2008.Menurut ketua pegawai operasi 8TV Ahmad Izham Omar, beliau yakin bahawa KAMI dapat menawan perjalanan muzikal yang bersejarah ini melalui konsert, album, drama siri dan filem, dan bahawa dalam tempoh beberapa tahun akan datang, masyarakat akan menoleh ke belakang dan menyedari satu revolusi baru yang besar berlaku di dalam arena muzik.[1]