Megafon
Megafon

Megafon

Megafon adalah sejenis corong akustik mudah-alih berbentuk kon yang digunakan untuk menguatkan suara seseorang atau bunyi lain dan menghalakannya ke arah yang diingini. Bunyi memasuki hujung sempit megafon yang dipegang pada aras muka. Pengguna bercakap melaluinya, di mana gelombang suara akan terpanncar keluar hujung megafon yang luas di hadapan. Sebuah megafon meningkatkan kepadatan bunyi dengan meningkatkan galangan akustik yang dirasai oleh peti suara lalu menyamakan nilainya dengan galangan pita suara untuk udara agar kuasa bunyi lebih terpancar. Alat ini juga berfungsi menghalakan gelombang suara ke arah yang "ditunjuk" corong tersebut. Bunyi suara yang terhasil dicerap seakan keherotan kerana tindak balas frekuensi megafon lebih besar pada frekuensi bunyi yang lebih tinggi.Megafon akustik janaan suara kini telah digantikan dalam kebanyakan kegunaan oleh megafon jenis elektrik sejak tahun 1960-an. Megafon jenis ini lebih menggunakan tenaga elektrik dan corong yang dilipat bagi menguatkan suara.