Budaya Melayu_Terengganu

Masyarakat Melayu di Terengganu sememangnya kaya dengan budaya dan adat, ia adalah antara negeri di Malaysia yang dikenali dengan jolokan "Pusat Ketamadunan Melayu Semenanjung" kerana masih mengekalkan kebudayaan-kebudayaan tradisional termasuklah kebudayaan sebelum kedatangan Islam ke tanah Semenanjung. Di Terengganu, terdapat beberapa jenis teater tradisional seperti Rodat, Teater Nur Sakti, Tarian Balai, Tarian Saba, Tarian Pulai dan lain-lain. Juga Tarian Ulek Mayang yang biasa dimainkan di tepi pantai sewaktu Pesta Pantai (Pesta Pata) yang biasa diadakan pada hujung tahun bagi tujuan untuk mengubati penyakit, namun tarian ini sekarang hanya sekadar Persembahan budaya semata-mata.

Selain itu, Terengganu juga kaya dengan makanan tradisional. Di antara makanan tradisional masyarakat Melayu Terengganu yang berkhasiat dan sedap dikenali sebagai Keropok lekor (selain itu, orang Terengganu juga menyebutnya sebagai keppok gongdee/panjang/batang). Selain itu budu juga salah satu makanan yang popular di Negeri Terengganu. Sekarang masyarakat makin mengenali budu dan semakin tahu khasiat budu yang dikenali dengan nama "sos bilis", di samping itu Nasi dagang Terengganu yang merupakan antara makanan yang paling popular di kalangan masyarakat Terengganu dan didapati di setiap kedai makan di Terengganu. Terdapat macam-macam makanan tradisional yang sedap dan berkhasiat di negeri Terengganu antaranya Laksang, Tahi Itik, Cek Mek Molek, Akok, Nganang, Bronok Sagu, Sagong, Bekang Nyior, Belebak, Nek Bak, Tok Aji Serbang, Tepung Gomok, Tupak Sutong, Bekang, Roti Paung, Woh Bung Samba, Kuih Kapur Nyior, Apang Dewe, Apang Kuoh dan banyak lagi.

Upacara dan Perayaan

  • Pesta Pata, Pesta Pata atau Pesta Pantai (Dahulu dikenali sebagai Pesta Puja Pantai) biasa diadakan pada hujung tahun bagi tujuan untuk mengubati penyakit. Persembahan utama yang dilakukan dalam pesta tersebut adalah Ulek Mayang.
  • Adu Kolek, sejenis perlumbaan bot tradisional masyarakat Terengganu khususnya di Kuala Terengganu.
  • Pesta Kubang Ikang, sebuah aktiviti menangkap ikan yang diamalkan di Kampung Teluk Pasu, Kuala Terengganu di mana peserta perlu menangkap ikan darat dengan menggunakan tangan.
  • Pesta Hambak Ikang atau Pesta Mengerau, sebuah aktiviti tradisional bagi masyarakat Hulu Terengganu terutama sekali yang tinggal di sepanjang Sungai Berang.
  • Pesta Balai, sebuah upacara yang menyembah semangat padi dalam bentuk tarian yang dikenali sebagai Tarian Balai. Ia berasal dari daerah Hulu Terengganu dan masih diamalkan sehingga kini dalam bentuk kebudayaan.

Seni Tari

Pakaian

  • Pakaian Terengganu[3]

Seni Muzik

Senibina

  • Rumah Terengganu (Rumoh Tranung) [5]

Seni mempertahankan diri

  • Silat Gayongman Gerak Satu (dari Kuala Terengganu)
  • Silak Kkughe (Silat Kura-Kura, dari Hulu Terengganu)
  • Silak Taghi Jatuh (Silat Tari Jatuh, dari Besut)
  • Silak Syed Habib Hamid (Silat Syed Habib Hamid)

Lagu Tradisional

Rujukan

WikiPedia: Melayu_Terengganu http://titianterengganu.blogspot.com/p/pakaian-tra... http://www.themalaygamelan.jigsy.com/ http://www.kualaterengganupost.com/2016/06/sejarah... http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article... https://www.youtube.com/watch?v=22b7LDzwNXI https://www.youtube.com/watch?v=8mjrAtnvKQ8 https://www.youtube.com/watch?v=GDRSrkeND6Q https://www.youtube.com/watch?v=KHkZEnCn4pM https://www.youtube.com/watch?v=O3O-UeahK7M https://www.youtube.com/watch?v=T_sEyoxvatw