Diagnosis Melioidosis

Diagnosis muktamad dilakukan dengan menkultur organisma dari sebarang contoh klinikal, kerana organisma tidak pernah wujud pada manusia biasa..

Sejarah hubungan muktamad dengan tanah mungkin tidak jelas kerana melioidosis mampu pendam selama bertahun-tahun sebelum menonjolkan diri.[19] Perhatian perlu diberikan pada sejarah pengembaraan ke kawasan endemik bagi pengembara yang kembali. Sesetengah pengarang mencadangkan kemungkinan melioidosis bagi setiap pesakit demam dengan sejarah mengembara pergi/dan tinggal di kawasan endemik.

Penyaringan penuh (kultur darah, kahak, kultur kencing, sapuan tekak dan kultur sebarang nanah disedut) harus dilakukan bagi semua pesakit disyaki mengidap melioidosis (kultur pada agar darah dan juga perantaraan Ashdown). Diagnosis mutlak dilakukan dengan membiak B. pseudomallei dari sebarang contoh. Usapan kerongkong tidak sensitif tapi adalah 100% pasti jika positif, lebih baik berbanding dengan kultur kahak..[20] Kesensitifan kultur kencing ditingkatkan dengan penkulturan contoh diempar, dan sebarang pertumbuhan bakteria perlu dilaporkan (bukan sekadar pertumbuhan melebihi 104 organisma/ml yang merupakan garis pemutus biasa).[21] Kadang-kala kultur tisu sum-sum tulang mungkin positif bagi pesakit yang menunjukkan kultur darah negetif bagi B. pseudomallei, tetapi ini biasanya tidak digalakkan.[22] Kesilapan biasa yang dilakukan oleh doktor yang tidak biasa dengan melioidosis adalah hanya menghantar contoh dari tempat terjejas (yang merupakan prosedur biasa bagi kebanyakan jangkitan lain) dan bukannya menghantar penyaringan penuh.

Perantaraan Ashdown, perantaraan terpilih mengandungi gentamicin, mungkin diperlukan bagi kultur yang di ambil dari tempat tidak basmi kuman. Perantaraan Burkholderia cepacia mungkin pilihan perantaraan lain berguna bagi kawasan bukan-endemik, di mana perantaraan Ashdown tiada. Perantaraan baru hasilan dari Ashdown dikenali sebagai perantaraan Francis mungkin membantu membezakan B. pseudomallei dari B. cepacia dan mungkin membantu bagi diagnosis awal mengesan melioidosis,[23] tetapi belum disahkan dengan meluas secara klinikal.

Kebanyakan kit perdagangan bagi mengesan bakteria mungkin salah mengenal pasti B. pseudomallei

Terdapat juga ujian serologi bagi melioidosis (tidak langsung haemagglutination assay), tetapi ia tidak terdapat secara perdagangan bagi kebanyakan negara. Latar titre yang tinggi mungkin mengurangkan nilai jangkaan positif bagi ujian serologi di negara endemik. Ujian immunofluorescent khusus langsung dan pembekuan latex, berasaskan antibodi monoclonal, digunakan secara meluas di Thailand tetapi tidak terdapat ditempat lain. Terdapat juga reaktif silang penuh dengan B. thailandensis.[24]