Epidemiologi Melioidosis

Melioidosis adalah endemik di beberapa bahagian dunia di Asia Tenggara (termasuk Thailand,[1] Singapura,[2] Malaysia, Burma dan Vietnam), Taiwan[3][4] dan Australia Utara.[5][6] Banyak kes turut dilaporkan di selatan China[7] dan Hong Kong, Brunei,[8] India,[9] dan Laos, dan kes sekali-sekala di Tengah dan Selatan Amerika, Timur Tengah, Pasifik dan beberapa negara Afrika. Sungguhpun hanya satu kes melioidosis pernah dilaporkan di Bangladesh,[10] sekurang-kurangnya lima kes telah dibawa masuk ke UK dari negara tersebut, yang mencadangkan bahawa melioidosis adalah endemik kepada negara tersebut dan terdapat masaalah besar kurang diagnosis atau kurang lapor,[11] kemungkinan besar kerana kekurangan kemudahan makmal.

Timur laut Thailand mempunyai kejadian melioidosis tertinggi dilaporkan di dunia (12.7 kes melioidosis setiap 100,000 orang setiap tahun).[12] Di Timur laut Thailand, 80% kanak-kanak positif bagi antibodi terhadap B. pseudomallei menjelang usia 4;[13] bilangan ini lebih rendah di bahagian lain dunia.[14][15][16][17]

Melioidosis kronik

Melioidosis kronik biasanya ditakrifkan dengan tempoh gejala lebih dari 2 bulan dan berlaku bagi sekitar 10% dari pesakit. Kewujudan klinikal melioidosis kronik adalah protean dan merangkumi kehadiran seperti jangkitan kulit kronik, borok kulit dan nodul paru-paru atau paru-paru berair pneumonia kronik, menyerupai tuberkulosis, kadang-kadang disebut "Batuk kering Vietnam".".[18]