Mencelur_ringan
Mencelur_ringan

Mencelur_ringan

Dalam memasak, mencelur ringan (Tulisan Jawi: منچلور ريڠن) makanan adalah memanaskannya di dalam air yang hanya berada di bawah takat didih.[1] Pada masa lalu, resipi ini digunakan untuk mencelur ringan buah,[2] tetapi pada kebelakangan ini istilah ini biasanya hanya digunakan untuk telur celur ringan[3]. Proses ini sama ada dilakukan dalam kuali atau periuk biasa, atau melalui menggunakan alat khas seperti "pencelur telur" (yang asalnya dikenali sebagai pipkin).[4]Perkataan ini diterjemahkan untuk istilah Inggeris coddle yang berkembang dari nama minuman hangat, "caudle", dan akhirnya berasal dari perkataan Latin untuk minuman suam, calidium.[5]Jika dibandingkan teknik mencelur ringan dengan mendidih untuk telur, proses mencelur ringan mengambil masa yang lebih lama kerana penggunaan suhu memasak yang lebih rendah, tetapi ia menghasilkan telur yang lebih lembut.[6]