Ujibakat Mentor_(musim_3)

Keenam-enam mentor mengadakan sesi ujibakat masing-masing di hari-hari berlainan pada bulan Mac dan April. Sesi-sesi ujibakat tersebut diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, kecuali sesi Awie di Hotel Sri Pacific (berhampiran PWTC), Kuala Lumpur.

14 Mac:Jaclyn Victoria
15 Mac:Mas Idayu
21 Mac:Lah Ahmad
22 Mac:Adibah Noor
28 Mac:Ajai
4 April:Awie

Di samping syarat umum yang menetapkan peserta berusia antara 17-25 tahun dan datang secara solo, setiap mentor menetapkan kehendak tersendiri dalam pencarian bakat masing-masing.

Misalnya, Adibah mengehendaki anak didiknya sudah menghabiskan pelajaran sekolah menengah dan fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Awie pula hanya membenarkan kaum wanita menjadi anak didiknya kerana hendak memberi peluang kepada kaum wanita memeriahkan muzik rock tempatan yang didominasi kaum lelaki. Bagaimanapun, dilaporkan seramai 15 orang lelaki menghadiri ujibakat Awie tanpa menghiraukan syarat wanita sahaja tersebut, lalu terpaksa diusir oleh mentor tersebut.[2]