Mentor_(musim_3)

Mentor ialah sebuah rancangan realiti berbentuk pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh TV3. Musim ketiganya bersiaran mulai 19 April 2009, dengan menampilkan kelainan dari musim-musim lalu yang mana para mentor berhak sepenuhnya memilih anak didik masing-masing berasaskan kemahuan masing-masing. Enam mentor yang terlibat adalah Jaclyn Victor, Mas Idayu, Lah Ahmad, Adibah Noor, Ajai dan Awie.Rancangan Mentor musim ketiga ini terdiri daripada peringkat ujibakat (disiarkan pada 19 April, 9.00 malam), Konsert Mingguan Mentor (Ahad, 9.00 malam, mulai 3 Mei), Jurnal Protege (Isnin hingga Jumaat, 7.28-7.30 malam) dan Jurnal Mentor (Ahad, 5.30-6.00 petang). Konsert Mingguan memberi laluan kepada Konsert Jomheboh sebulan sekali sepanjang pertandingan.Konsert mingguan dilangusngkan pada setiap Ahad mulai 10 Mei hingga peringkat akhir pada 12 Julai yang menyaksikan Hanifah bin Md Hanafiah atau "Black", iaitu protege Mas Idayu, dinobatkan sebagai juara keseluruhan musim ini.[1]