Mentor_(musim_4)

Musim keempat Mentor dianjurkan oleh TV3 pada tahun 2010, kali ini dengan Mas Idayu sekali lagi menyertai barisan enam mentor musim ini, setelah berjaya membawa anak didiknya Black ke arah kejuaraan pada musim lalu. Mentor-mentor lain termasuk Azmeer, Dayang Nurfaizah, Mus May, Ziana Zain dan Joe Flizzow.Di samping mengekalkan format uji bakat yang mana setiap mentor mengadakan uji bakat masing-masing dengan kehendak tersendiri, dua uji bakat terdahulu diadakan di Sabah dan Sarawak untuk memilih peserta mana dari Malaysia Timur yang boleh diterbangkan ke Semenanjung untuk menguji bakat di hadapan mentor pilihan.Mentor musim ke-4 menerima sumbangan penaja utama GlaxoSmithKline yang meletakkan jenama Dequadin dan Ribena.Rancangan Mentor musim keempat ini terdiri daripada peringkat ujibakat (disiarkan pada 11 dan 18 April, 9.00 malam), Konsert Mingguan Mentor (Ahad, 9.00 malam, mulai 2 Mei), Jurnal Protege (Isnin hingga Jumaat, 7.28-7.30 malam) dan Jurnal Mentor (Ahad, 7.00 petang). Konsert Mingguan memberi laluan kepada Konsert Jomheboh sebulan sekali sepanjang pertandingan.Musim ini diakhiri pada 4 Julai 2010 dengan kejuaraan Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd), anak didik Ziana Zain yang menggantikan tempat seorang protege pilihan terdahulu Ziana pada saat-saat akhir.