Latar Mentor_(musim_4)

Mentor 4 dilancarkan di sebuah sidang akhbar pada awal bulan Februari 2010, dengan memperkenalkan enam mentor termasuk kembalinya Mas Idayu. Di samping mengumumkan jadual uji bakat dan siaran Mentor, para mentor juga mengumumkan kehendak masing-masing:[1]

  • Azmeer mencari protégé yang boleh menyanyi, mempunyai suara yang sedap tanpa mengira rupa paras
  • Mus menginginkan protégé lelaki atau perempuan, boleh menyanyi dengan baik, lebih diutamakan adalah bergenre rock, mempunyai karektor yang disukai ramai tanpa mengira rupa paras
  • Joe pula tidak mencari seorang rapper sebaliknya mahukan penyanyi yang boleh menyanyi lagu R&B, berbakat, boleh menyanyi, menghayati lagu dan menari
  • Ziana memfokuskan protégé yang benar-benar berbakat, boleh menyanyi dan menari, ‘bertelinga kebal’ dan menepati masa
  • Mas memilih protégé yang boleh menyanyikan pelbagai rentak lagu termasuk dangdut dan asli tanpa mengira jantina lelaki atau wanita
  • Dayang memfokuskan protégé yang versatil, boleh menyanyi pelbagai genre muzik, berdisiplin tinggi, serius dalam nyanyian, sentiasa ingin memajukan diri dan bonus bagi yang pandai bermain gitar atau piano

Mengikut syarat-syarat penyertaan, peserta mestilah berusia 18 hingga 25 tahun, tidak kira bujang mahupun berkahwin, dan harus membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport dan 4R ke ujibakat, serta membawa minus one lagu-lagu yang akan dipersembahkan kepada mentor pilihan mereka.[2]

Ketika disoal mengenai kembalinya untuk menjadi mentor, Mas Idayu menjelaskan: "Saya takut akan ada pandangan serong orang, yang mungkin melihat penglibatan saya sebagai peluang untuk mencipta kontroversi. Tapi mereka (pihak penerbit) ada alasan mereka sendiri untuk memilih saya. Ia satu penghargaan buat saya. Pihak penerbit sudi memujuk saya, memberi saya kepercayaan untuk mencungkil bakat yang ada di luar sana. Saya terima tawaran ini seikhlas hati dan akan membuat lebih baik daripada tahun lepas."[3]