Ujibakat Mentor_(musim_4)

Peringkat uji bakat Mentor 4 bermula di Malaysia Timur, di tempat-tempat berikut:

Memandangkan keenam-enam mentor tidak dapat diterbangkan ke sana, kedua-dua sesi uji bakat di Malaysia Timur dikelola oleh ahli-ahli unit penerbitan sebagai juri. Daripada kedua-dua sesi ini hanya berjaya melayakkan dua orang peserta di ujibakat Kuching sahaja.[4]

Selepas itu, barulah sesi ujibakat bersama mentor dilangsungkan, keenam-enamnya di Amfiteater Sri Pentas, Bandar Utama.

  • 6 Mac: Ziana Zain
  • 7 Mac: Mas Idayu
  • 13 Mac: Mus (May)
  • 14 Mac: Azmeer
  • 20 Mac: Joe Flizzow
  • 21 Mac: Dayang Nurfaizah

Dalam setiap sesi uji bakat, para peserta yang diterima oleh mentor dikehendaki berkumpul pada akhir sesi untuk mentor menentukan yang mana di kalangan mereka yang mara ke pusingan seterusnya untuk menentukan satu-satu protege kepada mentor. Bagaimanapun, Ziana Zain menangguhkan pemilihannya ke 19 Mac "kerana ingin memastikan protege yang dipilih itu adalah yang terbaik," di mana beliau memilih lima orang wanita untuk diuji lagi.[5] Sementara itu, Mas Idayu yang tidak dapat mencari protege di Sri Pentas mengadakan satu lagi sesi ujibakat pada 3 April 2010 di Plaza Pelangi, Johor Baru, dengan harapan mencari protege yang dikehendakinya di kampung halaman sendiri.