Mentor_(musim_5)

Musim kelima rancangan pencarian bakat, Mentor dianjurkan oleh TV3 untuk tahun 2011. Kali ini, Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh Hujan, Rahim Maarof, Edry Abdul Halim dan Erra Fazira dipelawa sebagai mentor untuk membimbing anak didik (protege) masing-masing.Mentor 5 bersiaran di TV3 pada setiap Ahad, jam 9 malam, mulai rakaman ujibakat pada 13 Februari 2011 hingga peringkat akhir pada 24 Mei. Seperti biasa, turut diwujudkan segmen Jurnal Mentor setiap Ahad, 7 malam bermula 27 Februari 2011, dan Jurnal Protégé, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.28 malam bermula 28 Februari 2011 hingga akhir pertandingan.Mentor 5 dijuarai oleh Salma Asis (Salmah Binti A. Asis), anak didik Erra Fazira.