Ujibakat Mentor_(musim_5)

Seperti musim lalu, ujibakat permulaan diadakan khusus buat penduduk Malaysia Timur yang mana para peserta di situ menguji bakat di hadapan pihak penerbitan selebum layak untuk menguji diri di hadapan mentor pilihan mereka di ibu kota.

  • 18 & 19 Disember 2010 – Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
  • 1 & 2 Januari 2011 – Merdeka Palace, Kuching, Sarawak

Sesi ujibakat di Malaysia Timur disusuli oleh sesi ujibakat bersama mentor di Sri Pentas, Bandar Utama.

Menariknya, bagi mereka yang berada jauh dan atas sebab-sebab tertentu tidak dapat menghadiri sesi ujibakat di lokasi yang ditetapkan, pihak produksi juga menawarkan satu lagi alternatif lain di mana peserta boleh menghantar demo nyanyian maing-masing ke tapak web rasmi Mentor 5 sebelum 10 Januari 2011, supaya pihak penerbitan boleh menghubungi peserta untuk datang ke ujibakat pada waktu dan tarikh yang ditetapkan hasil daripada demo yang terpilih.[1]