Mesin_jahit
Mesin_jahit

Mesin_jahit

Mesin jahit merupakan sebuah mesin yang digunakan untuk menjahit kain dan bahan-bahan lain bersama-sama dengan benang. Mesin jahit dicipta ketika zaman Revolusi Perindustrian bertujuan mengurangkan kerja-kerja jahitan yang dilakukan di syarikat-syarikat pakaian. Sejak penciptaan pertama mesin jahit ini oleh Thomas Saint pada tahun 1790,[1] kewujudan mesin ini telah meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran dalam industri pembuatan pakaian.Mesin jahit domestik direka bentuk untuk kegunaan seseorang menjahit item individu ketika menggunakan jahitan jenis tunggal. Reka bentuk mesin jahit moden menggalakkan kain meluncur masuk dan keluar dari mesin dengan mudah tanpa perlunya menggunakan jarum, jidal dan alat-alat lain yang digunakan dalam jahitan tangan, mengautomasikan proses jahitan serta menjimatkan masa.Mesin jahit gred industri pula bersaiz lebih besar, bergerak dengan lebih cepat serta muncul dalam pelbagai jenis rekaan mengikut kos, penampilan, dan tugas yang dikehendaki.