Mesin_juruwang_automatik
Mesin_juruwang_automatik

Mesin_juruwang_automatik

Mesin juruwang automatik (ATM) merupakan sejenis peranti telekomunikasi berkomputer yang menyediakan capaian transaksi kewangan kepada pelanggan institusi kewangan di kawasan tumpuan awam tanpa memerlukan juruwang manusia atau kerani bank.Dicipta oleh IBM, mesin ATM pertama diperkenalkan pada Disember 1972 di Lloyds Bank di UK. Pada kebanyakan mesin ATM moden, identiti pelanggan dikenal pasti melalui kad ATM yang dilengkapi jalur magnetik atau kad pintar dengan cip, yang mengandungi maklumat nombor kad serta beberapa maklumat keselamatan seperti tarikh luput atau kod CVVC (CVV). Pengesahan dilakukan dengan memasukkan nombor pengenalan peribadi (PIN). Melalui mesin ATM, pengguna boleh mengakses akaun bank mereka untuk melakukan pengeluaran wang, pembayaran kad kredit, pemindahan wang ke akaun lain serta semakan wang baki. Sesetengah mesin ATM turut menyediakan khidmat pembelian kredit telefon bimbit, penambahan nilai kredit kad Touch 'n Go serta pembayaran bil utiliti. Terdapat juga mesin ATM khusus untuk tujuan memasukkan wang yang dikenali sebagai mesin deposit wang (CDM).