Perisian Mesin_juruwang_automatik

Dengan penghijrahan kepada perkakasan PC, sistem pengendalian komersial piawaian serta persekitaran pengaturcaraan boleh digunakan pada mesin ATM. Pelantar biasa yang sebelum ini digunakan pada pembangunan ATM termasuklah RMX atau OS/2. Kini, sebahagian besar mesin ATM di seluruh dunia menggunakan OS Microsoft terutamanya Windows XP Professional atau Embedded.

Sebilangan kecil mesin masih menggunakan versi lama seperti Windows NT, Windows CE atau Windows 2000. Vista pula masih belum diterima secara meluas pada mesin ATM.[petikan diperlukan] Terdapat satu pandangan dari sudut keselamatan industri komputer atau persefahaman bahawa sistem pengendalian meja mempunyai risiko yang lebih besar sebagaimana sistem pengendalian untuk mesin pengeluaran wang berbanding sistem pengendalian jenis lain seperti sistem pengendalian masa nyata (RTOS). RISKS Digest mempunyai banyak rencana berkenaan kelemahan sistem pengendalian mesin juruwang automatik.[1]

Mesin ATM Wincor Nixdorf menggunakan Windows 2000.

Linux juga memperoleh sedikit penerimaan dalam pasaran ATM. Satu contoh utama ialah Banrisul, bank terbesar di selatan Brazil, yang menggantikan sistem pengendalian MS-DOS lama kepada Linux. Banco do Brasil turut berhijrah kepada penggunaan Linux.

Dengan peralihan mesin ATM kepada persekitaran perkomputeran bertaraf industri, kebimbangan mengenai kewibawaan perisian ATM telah meningkat.[2]