Windows XP ialah salah satu keluarga
sistem pengendalian Windows keluaran
Microsoft. Akronim
XP ialah singkatan perkataan e
XPerience (pengalaman) dalam
bahasa Inggeris. Semasa pembangunannya, Windows XP dikenali dengan nama kod Whistler sempena nama tempat percutian kebanyakan kakitangan Microsoft semasa pembangunannya iaitu di
Whistler, British Columbia,
Kanada.Dilancarkan pada
25 Oktober 2001, Windows XP ialah pewaris kepada
Windows 2000 dan
Windows Me, menjadikannya keluarga Windows berorientasikan pengguna terawal yang dibina berasaskan teknologi
inti Windows NT. Setakat Januari 2006, lebih 400 juta salinan perisian Windows XP telah terjual di seluruh dunia. Windows XP telah digantikan dengan
Windows Vista pada 30 Januari 2007.Windows XP sangat dikenali kerana reputasinya sebagai salah satu
sistem pengendalian paling stabil pernah dibina oleh Microsoft kerana Windows XP dibina berasaskan teknologi Windows 2000 yang terbukti sangat stabil. Windows XP juga ialah versi Windows pertama yang menggunakan teknologi
pengaktifan perisian dan
Windows Genuine Advantage (WGA) bagi mengekang kegiatan
cetak rompak, walaupun mekanisme pengaktifan tersebut telah berjaya ditangani oleh pencetak rompak.