Windows_XP
Windows_XP

Windows_XP

Windows XP ialah salah satu keluarga sistem pengendalian Windows keluaran Microsoft. Akronim XP ialah singkatan perkataan eXPerience (pengalaman) dalam bahasa Inggeris. Semasa pembangunannya, Windows XP dikenali dengan nama kod Whistler sempena nama tempat percutian kebanyakan kakitangan Microsoft semasa pembangunannya iaitu di Whistler, British Columbia, Kanada.Dilancarkan pada 25 Oktober 2001, Windows XP ialah pewaris kepada Windows 2000 dan Windows Me, menjadikannya keluarga Windows berorientasikan pengguna terawal yang dibina berasaskan teknologi inti Windows NT. Setakat Januari 2006, lebih 400 juta salinan perisian Windows XP telah terjual di seluruh dunia. Windows XP telah digantikan dengan Windows Vista pada 30 Januari 2007.Windows XP sangat dikenali kerana reputasinya sebagai salah satu sistem pengendalian paling stabil pernah dibina oleh Microsoft kerana Windows XP dibina berasaskan teknologi Windows 2000 yang terbukti sangat stabil. Windows XP juga ialah versi Windows pertama yang menggunakan teknologi pengaktifan perisian dan Windows Genuine Advantage (WGA) bagi mengekang kegiatan cetak rompak, walaupun mekanisme pengaktifan tersebut telah berjaya ditangani oleh pencetak rompak.