Nombor_pengenalan_peribadi

Sebuah nombor pengenalan peribadi (bahasa Inggeris: personal identification number, PIN, kadangkalanya disalah sebuat sebagai "nombor PIN") adalah kata laluan atau kod abjad angka yang digunakan dalam proses mengesahkan atau mengenal pasti pengguna kepada sesebuah sistem dan sistem kepada seseorang pengguna.Kombinasi nombor sebegini merupakan kunci yang membawa kepada berkembangnya pertukaran data peribadi antara pusat-pusat pemprosesan data dalam rangkaian komputer untuk institusi kewangan, kerajaan, dan perusahaan.[1] Nombor pengenalan ini mungkin digunakan untuk mengesahkan sistem perbankan dengan pemegang kad-kadnya kerajaan dengan rakyatnya, perusahaan dengan pekerjanya, dan komputer dengan penggunanya.Dalam penggunaan biasa, nombor-nombor sebegini digunakan dalam transaksi wang melalui ATM atau POS,[2] kawalan akses selamat (contohnya pengaksesan komputer, telefon pintar, pintu mahupun kereta)[3], transaksi dalam talian[4] ataupun mendaftar masuk ke dalam laman sesawang yang disekat.