Ciri Mesin_pencuci_pinggan

Ruangan

Piawai antarabangsa untuk ruangan sebuah pencuci pinggan dijelaskan sebagai seting tempat piawai. Pinggan mangkuk yang berukuran tidak sekata tidak dapat memasuki petak pembersihan pencuci pinggan, jadi anda dinasihatkan untuk memeriksa perbandingan sebelum membeli sebuah pencuci pinggan.

Ukuran

Pencuci yang telah dipasang ke dalam kabinet dapur piawai yang mempunyai lebar dan dalamnya piawai 60 sm (Eropah) atau 24 inci (AS), dan kebanyakan pencuci pinggan harus memasangkannya ke dalam satu lubang yang sekurang-kurangnya 86 sm (Eropah) atau tinggi 34 inci (AS). Pencuci pinggan mudah-alih wujud dalam 45 and 60 sm (Europe) 18 dan lebar 24 inci (US), dengan kastor dan kaunter-atas dicantumkan. Pencuci pinggan boleh didapati dalam karya piawai atau tub tinggi; pencuci pinggan tub piawai ada perkhidmatan kickplate dibawah pintu pencuci pinggan yang membenarkan perbaikian dan pemasangan yang lebih mudah, tetapi pencuci pinggan tinggi tub ada sekira-kiranya 20% lebih ruangan (muatan) dan pelembapan suara yang lebih baik daripada mengadakan sebuah pintu hadapan bersambung.

Ciri-ciri

Bahagian pendalaman mesin pencuci pinggan, yang dikenali sebagai tub, boleh dibuat dari plastik atau besi waja. Tub besi waja menahan air jeras, memberikan penyerap bunyi lebih baik, dan mengekalkan haba bagi mengeringkan pinggan lebih pantas. Ia juga datang dengan harga tinggi. Model lebih tua menggunakan enamel dibakar atas besi dan cenderung untuk serpih dan haus; serpihan pada enamel dibakar perlu dicuci dari semua kekotoran dan hakisan dan ditampal semula dengan sebatian khusus atau juga dua bahagian epoksi berkualiti tinggi.

Mesin pencuci pinggan America Utara berharga sederhana hingga mahal selalunya diiringi unit pembuangan makanan, yang berfungsi seperti unit pembuangan sampah mini yang dapat menghapuskan kepingan makanan besar dari air pencucian. Satu pengeluar yang diketahui untuk meninggalkan unit pembuagan makanan keras ialah Bosch, satu jenama Jerman; tetapi, Bosch berbuat demikian untuk mengurangkan bunyi. Jika kepingan makanan yang lebih besar disingkirkan sebelum diletakkan di dalam mesin pencuci pinggan, pembilasan terdahulu tidak diperlukan walaupun tanpa unit pembuangan sisihan yang diintegrasi. Pembilasan terdahulu di bawah kepala paip hanya membazirkan air.

Banyak mesin pencuci pinggan baru mempunyai kitar pencuci yang dikawal oleh mikropemproses dan dibantu sensor, yang dapat menyesuaikan waktu cucian dengan bilangan pinggan kotor (dikesan dari perubahan dalam suhu air) atau dari jumlah kotoran dalam air bilasan (dikesan secara kimia/optik). Ini dapat menjimatkan air dan tenaga jika pengguna menjalankan muatan separa. Dalam mesin pencuci pinggan sedemikian, suis putaran elektromekanikal yang selalunya digunakan untuk mengawal kitaran cucian diganti dengan mikropemproses tetapi kebanyakan sensor dan injap masih diperlukan.

Penyerap Bunyi

Dengan menggunakan selimut, panel dan bahan penyerap bunyi dalam pelbagai konfigurasi, mesin pencuci pinggan dapat mencapai tahap pengurangan bunyi sebanyak lebih kurang 44 desibel. Tanpa penyerap bunyi, mesin pencuci pinggan murah lazimnya mengeluarkan bunyi dari 65-70 desibel. Para pengeluar selalunya menamakan sendiri alat penyerap bunyi mereka sendiri, seperti QuietGuard (Kenmore), QuietPartner (Whirlpool), Whisper Package (Maytag) dan sebagainya. Bagaimana penamaan ini diterjemahkan kepada tahap desibel adalah berbeza untuk setiap pengeluar.

Rujukan

WikiPedia: Mesin_pencuci_pinggan http://www.acmehowto.com/howto/appliance/dishwashe... http://www.applianceguru.com http://home.howstuffworks.com/dishwasher.htm http://www.mtprog.com/ApprovedBriefingNotes/Briefi... http://www.repairclinic.com/0088_9_3.asp http://www.scienceblog.com/community/older/2003/F/... http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/artic... http://www2.whirlpool.com/html/homelife/cookin/coo... http://www.landtechnik.uni-bonn.de/ifl_research/ht... http://www.landtechnik.uni-bonn.de/ifl_research/ht...