Sejarah Mesin_pencuci_pinggan

Mesin pencuci pinggan telah dicipta pada tahun 1850 di United State oleh Joel Houghton.Mesin tersebut diperbuat daripada kayu dan menggunakan tenaga manusia dengan menggunakan tangan.Mesin lambat beroperasi dan tidak sesuai digunakan.

Pencuci moden bertitik tolak daripada penciptaan tahun 1886 oleh Josephine Cochrane, yang juga menggunakan kuasa tangan. Peranti ini didedahkan pada tahun 1893 di Chicago dalam satu pameran. Cochrane yang agak kaya merupakan cucu perempuan kepada John Fitch, pencipta bot api. Dia sendiri tidak pernah membasuh pinggan dan hanya mencipta pencuci pinggan kerana pembantu rumahnya menyebabkan pinggan mangkuk tembikar halusnya sumbing.

Model pencuci pinggan yang dilengkapi dengan sistem paip muncul pada tahun 1920an, sementara elemen kekeringan elektrik and elektrik ditambahkan pada tahun 1940.

Penggunaan mesin ini pada mulanya hanya popular di dalam persekitaran komersil, tetapi pada tahun 1970an pencuci pinggan telah menjadi peralatan biasa di dalam rumah di negara maju.

Rujukan

WikiPedia: Mesin_pencuci_pinggan http://www.acmehowto.com/howto/appliance/dishwashe... http://www.applianceguru.com http://home.howstuffworks.com/dishwasher.htm http://www.mtprog.com/ApprovedBriefingNotes/Briefi... http://www.repairclinic.com/0088_9_3.asp http://www.scienceblog.com/community/older/2003/F/... http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/artic... http://www2.whirlpool.com/html/homelife/cookin/coo... http://www.landtechnik.uni-bonn.de/ifl_research/ht... http://www.landtechnik.uni-bonn.de/ifl_research/ht...