Sejarah Mesra_Mall

Mesra Mall merupakan kompleks membeli belah ultra-moden yang telah dirasmikan di bandar Kerteh pada 12 Oktober 2008. Ia dibina dengan kos RM100 juta di atas tapak seluar 12 hektar, dan merupakan mercu tanda bagi pembeli dan pelancong yang datang ke Terengganu.[3]

Kompleks Mesra Mall ini telah dibangunkan oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd melalui dua anak syarikatnya, iaitu Metro Kemasik Sdn Bhd dan KLCC Projek Sdn Bhd. Pembinaannya telah merangsang pembangunan komersial di daerah Kemaman dan Terengganu, dan turut membantu perniagaan kecil dan serdahana dengan memberi sekitar 500 ruang perniagaan yang berasingan bagi penduduk tempatan berniaga.

Perasmian pembukaan Mesra Mall telah dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera, yang mewakili Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.