Mesra_Mall

Mesra Mall adalah sebuah pusat membeli belah moden di Kemasik, Terengganu, Malaysia, dengan hanya satu-satunya kompleks panggung wayang (Cineplex) di Terengganu, pusat boling dengan 24-lorong, gelanggang skuasy, sebuah gelanggang futsal berhawa dingin, dan medan selera kontemporari direka khas dalam kompleks membeli belah ini.Dibuka pada 10 Oktober 2009, MESRA MALL telah dibina di atas tapak seluas 12 hektar, dengan keluasan binaan 310,000 kaki persegi lebih daripada satu tingkat.[1] Ia berfungsi sama seperti pusat membeli belah moden di bandar-bandar besar yang lain dengan mempunyai campuran perkedaian runcit dan gudang pakaian dengan jenama global yang menjadikan Mesra Mall sebagai hub atau pusat sehenti untuk membeli-belah, perbankan, makan, leisure dan hiburan bagi penduduk Kemasik dan Kemaman.[2]Penduduk di bandar berdekatan seperti Kemasik, Paka, Kerteh, Kijal dan Chukai kini dapat mendapatkan barangan keperluan, peralatan dan barangan berjenama tanpa perlu lagi pergi ke tempat yang lebih jauh seperti ke Kuantan atau Kuala Terengganu, kerana semunya terdapat di Mesra Mall'.Di sini juga terdapat sebuah dewan serbaguna 20,000 kaki persegi yang terbesar dengan jejari 50 meter, pusat konvesyen dan sesuai untuk menjadi tuan rumah pameran, jamuan katering untuk 800 tetamu, dan acara pemasaran. Mesra Mall telah dibangunkan oleh Metro Kemasik Sdn Bhd dan adalah anak syarikat milik penuh KLCC (Holdings) Sdn Bhd.