Takrifan Metadata

Metadata (metacontent) ditakrifkan sebagai data membekalkan maklumat mengenai satu atau lebih aspek mengenai data, seperti:

  • Cara penciptaan data
  • Tujuan data
  • Mada dan tarikah penciptaan data
  • Pencipta atau pengarang data
  • Tempat pada Rangkaian komputer di mana data dicipta
  • Piwaian teknikal digunakan
  • Maklumat asas mengenai sesuatu muzik

Sebagai contoh. gambar digital mungkin termasuk metadata yang menggambarkan bera[a besar gambar itu, kedalaman warna, resolusi gambar, bila gambar dicipta, dan data lain. Dokumen teks metadata mungkin mengandungi maklumat mengenai berapa panjang dokumen itu, siapa penulisnya, bila ia ditulis, dan ringkasan mengenai dokumen.

Metadata adalah data. Oleh itu, metadata boleh disimpan dan diurus dalam pangkalan data, sering kali dikenali sebagai daftar atau repositori.[1] Bagaimanapun, adalah mustahil bagi mengenal pasti metadata hanya sekadar melihatnya kerana pengguna tidak tahu bila data adalah metadata atau hanya sebagai data.[2]

Perpustakaan

Metadata telah digunakan dalam pelbagai bentuk sebagai cara mengkatalog maklumat arkib. Sistem Perduaan Dewey yang digunakan oleh perpustakaan bagi pengelasan bahan perpustakaan merupakan kegunaan metadata terawal. Katalog perpustakaan menggunakan kad index 3x5 inci bagi memaparkan judul buku, pengarang, subject matter, an ringkasan plot ringkas bersama sistem pengenalan ringkasan alphanumerik yang menunjukan lokasi fizikla buku di rak perpustakaan.

Data sebegitu membantu pengelasan, pembahagian, mengenalpasti, dan lokasi buku tertentu. Satu lagi bentuk himpunan metadata lebih tua digunakan oleh Bureau Census Amerika Syarikat dalam apa yang dikenali sebagai "Borang Panjang." Borang Panjang mengandungi soalan yang digunakan bagi mencipta data demografik bagi mencipta pola dan mengenal pasti pola taburan.[3] Istilah ini dicipta pada tahun 1968 oleh Philip Bagley, sala seorang perintis bagi capaian maklumat berkomputer.[4][5] Sejak itu bidang pengurusan maklumat, sains maklumat, teknologi maklumat, perpustakawan dan GIS telah menerima istilah itu secara meluas. Dalam bidang ini, perkataan metadata ditakrifkan sebagai "data mengenai data".[6] Sungguhpun ini merupakan takrifan yang diterima umum, pelbagai bidang telah mengambil penjelasan lebih khusus mereka sendiri dan pengunaan istilah mereka sendiri.

Bagi tujuan rencana ini, "objek" merujuk kepada sebarang yang berikut:

  • Barangan fizikal seperti buku, CD, DVD, peta, kerusi, bunga, pasu bunga, dll.
  • Fail eletronik seperti gambar digital, foto digital, dokumen, fail aturcara, jadual pangkalan data, dll.

Foto

Metadata boleh dimasukkan kedalam fail foto digital yang akan mengenal pasti pemiliknya, maklumat hakcipta dan perhubungan, kamera yang mencipta fail, bersama maklumat dedahan dan maklumat gambaran seperti kata kunci mengenai foto, membolehkan fail dicari di komputer dan/atau di Internet. Sesetengah metadata ditulis oleh kamera dan sesetengah dimasukkan oleh jurufoto dan/atau perisian selepas muat turun ke komputer.

Photographic Metadata Standards ditadbir oleh organisasi yang mengembangkan piwaian berikut. Ia termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • IPTC Information Interchange Model IIM (International Press Telecommunications Council),
  • Skema teras IPTC (“IPTC Core Schema” bagi XMP
  • XMP – Extensible Metadata Platform (an Adobe standard)
  • Exif – Exchangeable image file format, Maintained by CIPA (Camera & Imaging Products Association) and published by JEITA (Japan Electronics and Information Technology Industries Association)
  • Dublin Core (Dublin Core Metadata Initiative – DCMI)
  • PLUS (Picture Licensing Universal System).

Video

Metadata amat berguna bagi video,di mana maklumat mengenai kandungannya (seperti transkrip perbualan, dan gambaran teks kandungannya) tidak difahami secara langsung oleh komputer, tetapi di mana carian berkesan diingini.

Laman Web

Laman Web sering kali memasukkan metadata dalam bentuk tag unsur Meta. Gambaran dan tag kata kunci biasanya digunakan bagi menggambarkan kandungan laman Web. Kebanyakan enjin gelintar menggunakan data ini apabila menambah laman pada indek gelintar mereka.

Penciptaan metadata

Metadata boleh dicipta samaada secara pemprosesan maklumat secara automatik atau melalui kerja manual. Unsur metadata dimasukkan kedalam komputer boleh termasuk maklumat mengenai bila fail dicipta, siapa penciptanya, bila ia dikemas kini, saiz fail dan sambungan fail.