Kerjaya Mia_Ahmad

Mia memulakan kerjaya awalnya dalam bidang penerbangan sebagai pramugari di syarikat penerbangan komersial tempatan, AirAsia X dan Emirates Airline selama kira-kira 4 tahun sebelum terjun ke dalam dunia hiburan tanah air. Selepas meninggalkan kerjayanya sebagai pramugari, Mia mula melibatkan diri dalam bidang permodelan dan terbabit dalam iklan TV. Beliau muncul dalam iklan Oral B dan Nestle Nan Grow sebelum dia menjadi aktif ke dalam bidang lakonan sehingga hari ini.

Selepas mendapat peranan sampingan dalam beberapa drama televisyen, beliau mendapat peranan pertamanya dalam siri drama Ku Tak Rela untuk slot Azalea (TV3) [2] diikuti oleh slot drama popular untuk Slot Akasia TV3, Hati Perempuan bersama-sama dengan bintang yang semakin bersinar, Saharul Ridzwan.[3]

Mia juga dahulu merupakan duta jenama tudung, MumuScarves dan produk kecantikan, Pesona Ayu Skincare. Kini, beliau telah mengasaskan produk kecantikannya sendiri yang diberi label Absolue by Mia Ahmad. Setakat ini, Absolue by Mia Ahmad telah melancarkan dua produk, iaitu minyak wangi yang diberi nama Sweetness by Mia Ahmad dan celak mata yang bernama Kohl Lashes by Mia Ahmad. Satu lagi jenama iaitu tudung yang berumbai di bawah label Tassel by Mia Ahmad.