Mic_ON!_(Musim_2)

Mic ON! adalah sebuah program realiti TV nyanyian yang berbeza daripada yang lain dimana program ini menyaksikan tiga orang pelawak mencari dan menguruskan bakat baru untuk dijadikan sebagai anak didik mereka dalam bidang nyanyian. Dihoskan oleh Azwan Ali dan Issey Fazlisham dan juri tetap musim kedua kali ini ialah Dato' Awie, Mas Idayu dan Dato' Hattan. Program ini mulai disiarkan pada 22 Januari 2022 pada setiap hari Jumaat pada jam 9 malam di Awesome TV.