Biografi Michael_Ballack

Dilahirkan di Görlitz, Jerman Timur, Ballack dikenali sebagai seorang pemain yang serba boleh dan sangat teratur, amat sesuai ketika menyerang, mahupun bertahan. Susuk badannya yang tinggi telah memberikannya kelebihan dalam perebutan bola di udara. Beliau menjadi sanjungan ramai ketika peranannya sebagai pemain tengah mewakili Bayer Leverkusen menunjukkan permainan yang berkesan apabila menyerang mahupun bertahan. Perpindahannya ke KBS Bayern Munich di bawah bimbingan Ottmar Hitzfeld dan Felix Magath telah memberikan Ballack peranan baru yang menyaksikannya lebih bertindak dalam peranan pertahanan, berbanding dengan serangan, dengan beliau tidak begitu kerap ke hadapan tetapi sebaliknya menumpukan usahanya pada perlindungan empat orang pemain di belakang serta mengagih-agihkan bola. Bagaimanapun, beliau kekal merupakan seorang pemain tengah petak ke petak kepada pasukan kebangsaan Jerman.

Ballack berupaya bermain dengan kedua-dua kakinya, serta di udara. Ciri-ciri ini telah memberikannya anugerah pemain tahunan Jerman buat tiga kali, iaitu pada tahun 2002, 2003, dan 2005. Beliau kini telah menjadi salah satu ikon sukan Jerman yang utama.

Pada tahun 2004, Ballack dijadikan kapten untuk pasukan kebangsaan Jerman oleh Jürgen Klinsmann, jurulatih pasukan kebangsaan ketika itu. Joachim Löw, ketua jurulatih Jerman yang terkini, telah menunjukkan bahawa beliau akan mengekalkan Ballack sebagai kapten. Ballack telah memakai baju nombor 13 untuk setiap kelab yang pernah beliau main, termasuk juga pasukan kebangsaan Jerman. Beliau telah dimasukkan ke dalam FIFA 100.

Ballack dan pasangannya, Simone Lambe, mempunyai tiga orang anak, iaitu: Louis, (lahir pada 16 Ogos 2001), Emilio (19 September 2002) dan Jordi (17 Mac 2005). [1]