Sir Michael Caine,
CBE (
/keɪn/; lahir
Maurice Joseph Micklewhite; 14 Mac 1933), ialah seorang pelakon dan pengarang Inggeris. Caine telah muncul dalam lebih 115 filem dan dianggap sebagai ikon filem British.Beliau mula terkenal pada era 1960an dengan membintangi beberapa filem British termasuk
Zulu (1964),
The Ipcress File (1965),
Alfie (1966) dimana beliau dicalonkan untuk satu
Anugerah Akademi,
The Italian Job (1969) dan
Battle of Britain (1969). Perananya yang paling terkenal pada era 1970an adalah dalam
Get Carter (1971),
The Last Valley,
Sleuth (1972) dimana beliau mendapatkan pencalonan Anugerah Akademi keduanya,
The Man Who Would Be King (1975) dan
A Bridge Too Far (1977). Beliau mendapat pujian kritis terbaiknya pada era 1980an menerusi filem
Educating Rita (1983) mendapatkan beliau Anugerah BAFTA dan Golden Globe untuk Pelakon Lelaki Terbaik. Pada tahun 1986, beliau menerima Anugerah Akademi bagi kategori Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik untuk peranannya dalam
Hannah and Her Sisters.Caine melakonkan watak Ebenezer Scrooge dalam
The Muppet Christmas Carol (1992). Selepas boleh dikatakan telah bersara daripada berlakon dalam skrin besar, beliau menikmati kebangkitan semula kerjayanya pada lewat era 1990an, menerima Anugerah Golden Globe kedua untuk lakonannya dalam Award
Little Voice pada tahun 1998 dan menerima Anugerah Akademi kedua bagi kategori Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik untuk lakonan dalam
The Cider House Rules pada tahun berikutnya. Caine melakonkan watak Nigel Powers dalam
Austin Powers in Goldmember dan Alfred Pennyworth dalam siri filem Batman oleh
Christopher Nolan. Beliau kemudiannya muncul dalam beberap lagi filem Nolan termasuk
The Prestige (2006),
Inception (2010) dan
Interstellar (2014). Beliau juga muncul sebagai peranan sokongan dalam
Children of Men dan
Cars 2. Sehingga tahun 2015, filem-filem yang dibintanginya telah mengutip lebih daripada $7.4 bilion di seluruh dunia.
[2]