Michael_J._Ryan_(doktor)

Michael "Mike" J. Ryan (lahir 1965) ialah seorang pakar bedah trauma dan ahli epidemiologi yang menguruskan penyakit berjangkit dan kesihatan awam. Beliau merupakan Ketua Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO.[1] Ryan bekerja untuk pembendungan antarabangsa dan rawatan COVID-19.[2] Ryan telah memegang jawatan kepimpinan dan telah bekerja di pelbagai pasukan respon wabak di dalam bidangnya untuk membasmi penyebaran penyakit termasuk disentri bacillary, taun, demam hemoragik Crimean-Congo, Ebola, penyakit virus Marburg, campak, radang meninges, demam berulang, demam Rift Valley, SARS, dan Shigellosis.[3][4]

Michael_J._Ryan_(doktor)

Pekerjaan Ketua Eksekutif, Program Kecemasan Kesihatan
Tahun aktif 1990-kini
Terkenal kerana Membendung COVID-19
Pendidikan MPH
Kelahiran 1965 (umur 54–55)
Sligo, Ireland
Pusat pendidikan NUI Galway, UCD, Agensi Keselamatan Kesihatan