Michelle Quah (dilahirkan pada
1977) ialah seorang
seniwati dan
penyanyi Malaysia.Michelle terlibat dalam persembahan
sandiwara semasa dia berumur lima tahun. Dia berminat berlakon sebagai Cinderalla akan tetapi diberikan peranan
ibu tiri. Semasa
remaja, Michelle sudah pasti bahawa dia ingin menjadi seorang
penyanyi.Pada tahun
1994, Michelle mengambil bahagian dalam pertandingan bakat televisyen,
Asia Bagus. Lagu penyampaiannya ialah lagu One Moment in Time, sebuah lagu yang dipopularkan oleh
Whitney Houston, akan tetapi dia tidak menang. Seorang
siswazah dari
Akademi Seni Kebangsaan, Michele berlatih dibawah
guru vokal,
Siti Hajar Ismail dan
penyanyi bariton,
Cha Seng Tiang. Selepas latihan tersebut, Michelle ke
California untuk melanjutkan lagi latihannya selama hampir setahun.Kebetulannya,
persembahan solo pertamanya ialah nyanyian lagu Wouldn’t It be Loverly?, sebuah lagu
Eliza Doolittle dalam
opera muzik, My Fair Lady. Persembahan itu dibuat semasa dia masih bersekolah, yang mana gurunya telah bermintanya menyanyi perseorangan untuk
koir sekolah. Apabila dia kembali ke rumah, dia mengumumkan peristiwa itu kepada keluarganya, akan tetapi tiada orang mengambil berat tentang hal tersebut, disebabkan Michelle mempunyaj suara yang garau pada masa itu. Selepas peristiwa itu, ibunya menghantarnya untuk mengambil latihan menyanyi.Michelle seorang berumahtangga dan mempunyai seorang anak perempuan, Talia, yang dilahirkan pada tahun
2001.
Kegemarannya ialah membaca, mendengar
muzik dan menonton filem, terutamanya filem-filem yang menggentar jiwa.