Biografi Michishige_Sayumi

Secara sahnya,menyertai Morning Musume sebagai ahli Generasi ke-6 bersama-sama Kamei Eri dan Tanaka Reina. Tidak lama kemudian,dia telah dimasukkan kekumpulan unit-tambahan,Otomegumi. Sewaktu musim panas,bersama-sama ahli Generasi ke-6 yang lain,mereka membuat penglibatan konsert yang pertama sewaktu graduasi bekas ahli Morning Musume,Yasuda Kei.

Pada 16 Julai 2003,ahli Generasi ke-6 telah menghasilkan buku foto bersama,dan proses penggambaran telah dijalankan di Hawaii,sebahagian daripada Alo Hello. Pada 30 Julai 2003,dia telah dilibatkan dalam single pertama untuk ahli Generasi ke-6 iaitu Shabondama(シャボン玉). Walaupun dia tidak dapat banyak baris solo untuk dinyanyikan,namun jeritan "Shabondama" di dalam video muzik itu telah membuka mata orang ramai terhadapnya.

Pada 2004,dia dan Ishikawa Rika telah disatukan sebagai EcoMoni. Michishige juga telah menghasilkan buku foto pertamanya. Pada asalnya,Ecomoni ditubuhkan untuk memperingati tentang pemanasan global,namun setelah mereka meraih populariti,mereka telah melakonkan suara untuk Hamtaro The Movie 4th bersama-sama Matsura Aya,juga telah menghasilkan lagu tema untuk anime itu yang bertajuk Tensai! Let's Go Ayayamu (天才!Let's Go あややム, Genius! Let's Go Ayayamu).

Pada 2005,dia telah digabungkan di dalam satu buku foto,Angels,walaupun orang ramai mengatakan bahawa buku foto itu berkenaan dengan EcoMoni,namun ia langsung tidak berkaitan dengan EcoMoni. Pada tahun yang sama,dia telah ditugaskan sebagai mentor Kusumi Koharu yang merupakan ahli Generasi ke-7 yang masih mentah dengan dunia industri muzik,juga telah dibentuk sebagai duo bernama "Rainbow Pinku" pada awal 2006. Memperkenalkan diri mereka sendiri dengan nama "Shige-Pinku" dan "Koha-Pinku",kumpulan itu telah diperkenalkan sempena penghasilan album yang ke-7 iaitu Rainbow 7(レインボー7) dengan lagu Rainbow Pink (レインボーピンク, Rainbow Pink),juga di dalam album 7.5 Fuyu Fuyu Morning Musume Mini! (7.5冬冬モーニング娘。ミニ!, 7.5 Fuyu Fuyu Morning Musume Mini!?) dan Sexy 8 Beat dengan Wa~Merry Pin Xmas! (わ~MerryピンXmas!, Wa~Merry Pin Xmas!) dan Takara no Hako (宝の箱, Treasure Box).

Pada 2009, dia mula muncul dalam pelbagai rancangan TV Jepun, sama ada bersendirian atau bersama ahli-ahli yang lain, selalunya bersama Yaguchi Mari. Pada musim panas 2009, ramai orang telah mula mengenalinya dalam media Jepun apabila muncul dalam rancangan kadar tinggi seperti London Hearts, Downtown X, dan Odoru Sanma Goten, serta rancangan kurang popular. Artikel dalam TV Guide telah memuji lidah tajamnya.