Kerjaya Mikail_Andre

Mikail Andre memulakan kerjaya lakonannya pada 2012 menerusi drama Rawan yang mana beliau menjayakan peranan utama bersama Faralyna Idris, Erin Malek dan Fadzil Zahari.[4][5] Pada tahun yang sama, beliau mempunyai peranan layar lebar pertamanya sebagai watak utama dalam filem seram komedi Hantu Dalam Botol Kicap arahan Azhari Zain.

Bekerja di bawah arahan abangnya, Pierre Andre, Mikail membintangi filem aksi seni mempertahankan diri 2013, 1 Lawan Satu yang mana watak utamanya sebagai Radhi, seorang pesilat yang terdesak mencari wang untuk membiayai kos perubatan adiknya, Sara (dibintangi oleh Puteri Balqis) yang menghidap penyakit leukemia. Filem ini turut dibintangi oleh Azlan Komeng dan Eyzendy Aziz.[6][7] Beliau juga membintangi drama Dewi Lasak juga arahan abangnya, lakonan Intan Ladyana, Bella Dally dan Atikah Suhaime.[8][9]

Mikail mempunyai peranan pembantu sebagai pegawai polis dalam filem komedi Islamik, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang lakonan kumpulan Shiro (Ajak Shiro dan Shahrol Shiro) dan undangan khas Ustaz Azhar Idrus dan peranan utama dalam filem Highland Tower, sebuah filem seram yang berlatarkan tragedi Highland Towers.[10][11][12] Sekali lagi bekerja di bawah arahan abangnya, Mikail muncul dalam dua filem yang ditayangkan juga pada 2014—filem drama romantik Muka Surat Cinta (tajuk asal Perempuan Mukasurat Tujuh)[13][14] dan aksi pengembaraan Sniper.[15]

Rujukan

WikiPedia: Mikail_Andre http://www.encikshino.com/biodata-mikail-andre-adi... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.imdb.com/name/nm5795936/ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/dewi-lasak-kini-di-s... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/mikail-tidak... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/sebalik-mist... http://www.sinarharian.com.my/highland-tower-buat-...