Pembangunan Mikoyan_MiG-29M

Pada pertengahan tahun 1980-an, pembangunan lanjut ke atas pesawat asal MiG-29 telah dicadangkan bagi memenuhi keperluan barisan barat Soviet. Ia seharusnya merupakan sebuah pesawat pejuang pelbagai peranan untuk mempertahankan barisan hadapan oleh tentera udara Soviet bagi mencapai keupayaan pemukul ofensif.[1] Pembangunan ini telah menghasilkan sebuah pesawat kelainan satu tempat duduk dan dua tempat duduk. Cadangan ini kemudian digugurkan apabila berlaku perubahan pada strategi ketenteraan. Model ini dinamakan sebagai MiG-33 dan kemudian didesignasikan sebagai MiG-29ME untuk pasaran eksport pada pertengahan tahun 1990-an. Model standard dua tempat duduk, yang mana dikenali sebagai MiG-29MRCA menjadi pesaing utama dari MAPO-MiG dalam kebanyakan bidaan bagi kontrak pesawat pejuang antarabangsa. Pesawat MiG-29MRCA kemudian didesignasi sebagai MiG-35. Enam buah model ini telah dibina sebelum 1990. [2] Pesawat ini ditingkat upaya secara berkala dengan pelbagai komponen dan sebuah daripadanya menerima enjin tujahan vektor eksperimen yang mana kemudian menjadi MiG-29OVT. Model ini kemudian dinamakan semula sebagai MiG-29M. [3] MiG-29M/M2 sekarang tergolong dalam "Keluarga penyatuan baru" dan bukannya dalam"keluarga pejuang MiG-29" yang mana mengandungi kelainan-kelainan terdahulu.

Jurutera-jurutera RAC MiG tetap memberi usaha mereka bagi meningkat upaya model untuk keupayaan lebih baik bagi mendapatkan jualan berpotensi pesawat ini. Inivasi difokuskan kepada penambahbaikan aerodinamik, teknologi fly-by-wire, ciri halimunan, muatan bahan api lebih tinggi dan penyelesaian pengisian minyak di udara, berat muatan lebih tinggi, dan mempunyai seni bina terbuka yang baik untuk diserasikan dengan peralatan dari luar negara. Berikutan kejayaan MiG-29K/KUB dan MiG-35, MiG-29M/M2 juga menggunakan kelebihan teknologi-teknologi terbaru, seperti enjin tujahan tanpa asap dipertingkat. Tindakan-tindakan keboleh-percayaan baru telah menurunkan kos jam penerbangan kepada kira-kira 2.5 kali dan berupaya untuk diselenggara berdasarkan keadaan. Teknologi-teknologi terbaru ini memberi ciri-ciri pemodenan pada pesawat pejuang kepada generasi keempat dan kelima dalam segala aspek, dan paling penting, memberi keupayaan pelbagai peranan sebenar kepada pesawat.

Selain itu, jurutera RAC MiG juga membangunkan set lengkap penyelaku latihan bagi membantu juruterbang memahirkan diri dengan kawalan-kawalan canggih pada pesawat baru. Interaktif penyelaku dengan sistem latihan berasaskan komputer menawarkan simulasi pergerakan misi penuh.