Rekabentuk Mikoyan_MiG-29M

Fakta-fakta berdasarkan sumber [4][5]

Ciri-ciri

MiG-29M/M2 merupakan sebuah pesawat terbitan daripada pesawat asas MiG-29. Ia mencapai keupayaan pelbagai peranan yang lebih mantap dengan meningkatkan penggunaan persenjataan peluru berpandu udara ke udara dan udara ke permukaan berketepatan tinggi. Ia juga memiliki jarak tempur yang lebih jauh disebabkan kemampuannya untuk membawa muatan bahan api dalaman yang lebih banyak. Selain itu, antara-muka juruterbang-dengan-pesawat juga lebih baik, a digital three-channel fourfold redundant fly-by-wire system, navigasi yang diperbaik, komunikasi radio, pertahanan diri elektronik, system-sistem pengawasan dan perakam, dan pod-pod optronik dan pengawasan, telah banyak memperbaiki keupayaan keseluruhan pesawat.

Evolusi kerangka pesawat

Terdapat perubahan ketara semasa pembangunan MiG-33. Kerangka pesawat direka semula daripada aloi aluminum-litium ringat bagi meningkatkan kadar tujahan kepada berat. Geometri saluran masuk udara diubah, dengan menanggalkan anak tingkap yang membenarkan udara masuk dari bahagian atas bagi memberi laluan kepada lebih ruang bagi menyimpan bahan api dalam pangkal pinggir depan dipanjangkan (LERX), skrin jarring diperkenalkan bagi menghalang kemasukan objek asing (FOD) dan membesarkan dimensi salur masuk untuk mendapatkan lebih aliran udara. Di bahagian belakang pesawat, tulang belakang dibesarkan untuk memuatkan lebih banyak bahan api dan brek udara. Radome dan kanopi direka semula bagi memberi lebih ruang untuk meningkat upaya avionik. Aerodinamik juga diubah. Luas rentang dan aileron sayap dibesarkann, sirip ekor juga diubah.

Janakuasa

Rencana utama: Klimov RD-33

Janakuasa telah mendapat manfaat dari pembangunan enjin siri RD-33. Pada masa sekarang, enjin RD-33MK versi terkini dari siri RD-33 telah diperkenalkan. Enjin baru memiliki lebih 7% kuasa kuda jika dibandingkan dengan model asas disebabkan penggunaan bahan-bahan baru pada bilah-bilah penyejuk, maka berupaya memberi tujahan lebih tinggi iaitu 9,000 kgf. Sebagai tindak balas ke atas kritikan, enjin baru tidak mengeluarkan asap dan mengandungi penambahbaikan yang mengurangkan penglihatan inframerah. Enjin tujahan vector ditawarkan di atas permintaan pelanggan.[6][7]

Jarak dan system bahan api

Pesawat ini dilengkapi dengan prob pengisian minyak di udara dan boleh membawa tiga tangki bahan api luaran. Kerangka pesawat yang direka semula juga dengan ketara meningkatkan muatan bahan api di dalam tulang belakang dan tangki-tangki minyak pada pangkal pinggir depan dipanjangkan. Ini menjadikan jarak operasi bagi pesawat satu tempat duduk sejauh 2,000 km dengan bahan api dalaman, 3,200 km dengan tiga tangki bahan api luaran, dan 6,000 km dengan tiga tangki bahan api luaran dan satu pengisian semula minyak di udara.

Kokpit

Kokpit telah direka semula bagi menggabungkan cirri-ciri moden. Meskipun beberapa peralatan analog dikekalkan, dua monochrome [[paparan pelbagai fungsi) (MFD) paparan kaca cecair (LCD) telah diperkenalkan dan kawalan-kawalan senjata baru telah digabungkan dalam konsep HOTAS. Ciri-ciri lain termasuk radar Zhuk-ME, system penjejak dan pencari inframerah (IRST) dan system penanda sasaran lekapan helmet (awal HMD).

Penderia

Tingkat upaya utama termasuk radar udara denyutan-Doppler Zhuk-ME, bersama-sama system IRST baru, system penanda sasaran lekapan helmet dan pertahanan diri elektronik. Radar baru berupaya untuk mengesan sasaran udara pada jarak sejauh 120 km, jejak-sementara-imbas 10 sasaran dan menyerang serentak empat daripadanya. Dalam mengimbas sasaran permukaan, jarak pengesanan radar bagi sasaran jenis kapal pemusnah pada jarak sejauh 250 km dan sasaran jenis pelancar peluru berpandu sejauh 150 km. Maka, serangan dalam jarak melangkaui penglihatan (BVR) telah ditingkatkan dengan ketara.

Persenjataan

Pesawat ini boleh membawa peluru berpandu udara ke udara RVV-AE (R-77), R-27ER1, R-27ET1, R-27R1, R-27T1, R-73E, peluru berpandu udara ke permukaan Kh-29T, Kh-29L, Kh-31A, Kh-31P, Kh-35E, bom-bom panduan KAB-500KR (OD), KAB-500L, selain roket dan bom jatuhan bebas. Pesawat ini mengekalkan penggunaan meriam terbina dalam GSh-301.