Kerjaya Mimifly

Mimi mula mencipta nama dalam industri muzik tanah air ketika beliau memenangi tempat pertama di sebuah rancangan realiti TV peringkat Asia Tenggara yang disiarkan di TV3 iaitu Gang Starz musim kedua pada tahun 2008 bersama kumpulannya One Nation Emcees. Setelah 8 tahun bersama kumpulan itu, Mimi mula mengorak langkah sebagai artis solo bermula pada tahun 2015.

Mimi kemudiannya dipilih untuk mewakili Malaysia bersama Shiha Zikir untuk bertanding di D'Academy Asia musim pertama. D'Academy Asia merupakan sebuah rancangan TV realiti di Indonesia yang amat popular.

Pada tahun 2019, Mimi dan One Nation Emcees dipanggil untuk menyertai Gegar Vaganza 6. Gegar Vaganza merupakan sebuah rancangan pertandingan nyanyian terbitan ASTRO yang mengetengahkan artis-artis veteran Malaysia yang hebat-hebat. Rancangan ini merupakan antara rancangan TV di Malaysia yang mendapat liputan meluas di seluruh negara. Setelah hampir 11 minggu berjuang didalam GV6, Mimi dan kumpulannya dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima.

Setelah 8 tahun bersama One Nation Emcees, Mimi mula mengorak langkah sebagai artis solo bermula pada tahun 2015.

Pada tahun yang sama juga Mimi mengeluarkan single pertama sebagai artis solo yang berjudul "Enigma", yang merupakan sebuah lagu tema untuk filem Girlfriend Kontrak terbitan Grand Brilliance. Sejak dari itu Mimi tidak pernah putus berkarya. Beliau telah bekerjasama bersama ramai artis dan komposer ternama seperti Altimet, Malique, Audi Mok, Omar K, Ezra Kong, Benzooloo, Caprice, Kaka Azraff, Ryan Sufiyan, Baby Shima dan ramai lagi. Lagu "Pura-pura Bujang" nyanyian Baby Shima hasil ciptaan bersama Mimifly dan Ezra Kong telah mendapat lebih 22 juta tontonan di YouTube.

Pada tahun 2020, Mimi telah mengeluarkan sebuah lagi lagu tema untuk filem Bisikan yang berjudul "Hujan" hasil kolaborasi bersama Altimet. Lagu ini berkisahkan tentang pergolakkan minda yang negatif terutamanya di dalam diri seseorang yang mempunya gangguan mental seperti kemurungan, gelisah, skizofrenia dan pelbagai lagi.[2] Lagu hasil nukilan bersama Khairafik Khairudin ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental dikalangan rakyat Malaysia.[3]

Selain "Enigma" dan "Hujan", empat lagi lagu Mimi telah dijadikan sebagai lagu tema untuk filem antaranya ialah "On It" untuk filem Gol & Gincu Vol. 2 terbitan Redfilms dan "Psiko", "Syukur Kau Yang Satu" serta "Jika" (bersama Lah Ahmad) nyanyian One Nation Emcees sebagai lagu tema untuk filem Klip 3GP terbitan Grand Brilliance yang juga menampilkan Mimifly sebagai salah seorang pelakon untuk filem.

Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem aksi erotik Klip 3GP yang dikeluarkan pada 2011, dibintangi oleh Tasha Shilla, Faralyna Idris dan Zahiril Adzim. Mimifly juga membintangi drama kepolisan Gerak Khas dengan membuat penampilan khas sebagai Inspektor Adira dalam musim ke-15.