Definisi-definisi Minda

Sifat-sifat yang membentuk minda diperdebatkan. Sesetengah ahli psikologi berpendapat bahawa hanya fungsi-fungsi intelektual "tinggi" yang membentuk minda, khususnya akal dan ingatan.[3] Dari sudut pandangan ini, emosi—kasih sayang, kebencian, rasa takut, dan gembira—adalah bersifat lebih primitif dan subjektif maka harus dianggap berlainan dengan minda sebegitu. Sesetengah yang lain berpendapat bahawa pelbagai keadaan rasional dan emosional tidak boleh dipisahkan begitu, bahawa mereka mempunyai sifat dan asal yang sama, lantas perlu diambil kira semua bahagiannya sebagai minda.[petikan diperlukan]