Atas:
Adityawarman,
Rohana Kudus,
Imam Bonjol,
Rasuna Said,
Agus Salim.
Orang
Minangkabau (
Bahasa Melayu:
Minangkabau;
Jawi: ميناڠكاباو) merupakan kumpulan etnik Nusantara yang berbahasa dan menjunjung adat Minangkabau. Wilayah penganut kebudayaannya meliputi
Sumatera Barat, separuh darat
Riau, bahagian utara
Bengkulu, bahagian barat
Jambi, bahagian selatan
Sumatera Utara, barat daya
Aceh, dan juga
Negeri Sembilan di
Malaysia sebagai daerah rantau luar
Indonesia.
[3] Kebudayaan mereka adalah bersifat keibuan (matrilineal), dengan harta dan tanah yang diwariskan oleh anak perempuan daripada ibu, sementara urusan agama dan politik merupakan urusan kaum lelaki (walaupun sesetengah wanita turut memainkan peranan penting dalam bidang ini). Kini sekitar separuh orang Minangkabau tinggal di rantau, majoriti di bandar dan pekan besar Indonesia dan Malaysia. Orang Melayu di Malaysia banyak yang berasal dari Minangkabau,kebanyakan mereka tinggal di
Negeri Sembilan dan juga
Johor. Walaupun suku Minangkabau kuat dalam pegangan agama
Islam, mereka juga kuat dalam mengamalkan amalan turun-temurun yang digelar
adat. Beberapa unsur adat Minangkabau berasal dari fahaman
animisme dan agama
Hindu yang telah lama bertapak sebelum kedatangan Islam. Walau bagaimanapun, pengaruh agama Islam masih kuat di dalam adat Minangkabau, seperti yang tercatat di dalam pepatah mereka, Adat basandi syara', syara' basandi Kitabullah, yang bermaksud, adat (Minangkabau) bersendi hukum Islam dan hukum Islam bersendi
Al Qur'an.Orang Minangkabau sangat menonjol di bidang perniagaan, sebagai profesional dan intelektual. Mereka merupakan pewaris terhormat dari tradisi tua
Kerajaan Melayu dan
Sriwijaya yang gemar berdagang dan dinamik.
[4] Suku Minang mempunyai masakan khas yang popular dengan sebutan
Masakan Padang, yang sangat digemari di Negaranya Iaitu
Indonesia, Bahkan sampai ke seluruh mancanegara salah satunya
Malaysia.
[5]