Agama Minangkabau

Kebanyakkan orang apabila diberitahu bahawa masyarakat Minang merupakan penganut Islam yang kuat merasa bingung kerana anggapan mereka ialah sebuah masyarakat yang mengikut sistem saka (matriarchal) akan sering berselisih dengan fahaman Islam yang lebih patriarkal. Namun sebenarnya, terdapat banyak persamaan di antara fahaman Islam dan Minangkabau (lebih lagi pada masa kini) sehingga menjadi sukar untuk orang Minang membezakan satu daripada lain.

Seperti contoh:

  • Fahaman Islam: Menimba ilmu adalah wajib.
Fahaman Minangkabau: Anak-anak lelaki mesti meninggalkan rumah mereka untuk tinggal dan belajar di surau (langgar, masjid).
  • Fahaman Islam: Mengembara adalah digalakkan untuk mempelajari dari tamadun-tamadun yang kekal dan binasa untuk meningkatkan iman kepada Allah.
Fahaman Minangkabau: Remaja mesti merantau (meninggalkan kampung halaman) untuk menimba ilmu dan bertemu dengan orang dari pelbagai tempat untuk mencapai kebijaksanaan, dan untuk mencari penghidupan yang lebih baik. Falsafah merantau juga bererti melatih orang Minang untuk hidup berdikari, kerana ketika seorang pemuda Minang berniat merantau meninggalkan kampungnya, dia hanya membawa bekal seadanya.
  • Fahaman Islam: Tiada wanita yang boleh dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang dia tidak mahu berkahwin.
Fahaman Minangkabau: Wanita menentukan dengan siapa yang mereka ingin berkahwin.
  • Fahaman Islam: Ibu berhak dihormati 3 kali lebih daripada bapa.
Fahaman Minangkabau: Bundo Kanduang ialah pemimpin/pengambil keputusan di Rumah Gadang.

Ciri-ciri Islam begitu mendalam dalam adat Minang sehingga mereka yang tidak mengamalkan Islam dianggap telah terkeluar dari masyarakat Minang.

Rujukan

WikiPedia: Minangkabau http://www.melayuonline.com%7Ctitle=Sejarah http://www.antara-sumbar.com/id/index.php?sumbar=p... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/383458/M... http://www.rajaalihaji.com/id/article.php?a=YURIL3... http://www.saudiaramcoworld.com/issue/199104/on.cu... http://www.saudiaramcoworld.com/issue/199104/the.c... http://www.tempointeraktif.com/hg/caping/1979/06/0... http://www.tourismnegerisembilan.com/about/ http://palantaminang.wordpress.com/ http://urangminang.wordpress.com/