Sejarah Minnal_FM

Bersama dengan tiga bahasa lain, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Pada mulanya siarannya disiarkan dari Singapura, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Penyiar terkenal En. Tanjai Thomas menyelia siaran Bahasa Tamil dari Kuala Lumpur.

Semasa pemerintahan Jepun dari tahun 1942 hingga 1945, siarannya dikenali sebagai JMPK. En.T.S. Shanmugam merupakan ketua siaran Bahasa Tamil. Bangunan Oriental di Jalan Montbatten (kini Jalan Tun Razak) merumahkan stesen penyiaran. Pada tahun 1951 sebuah wad di Hospital Tang Ling bertukar menjadi sebuah studio rakaman. Rumah Persekutuan di Kuala Lumpur menjadi Rumah Radio rasmi pada tahun 1956. Apabila daurat diistyharkan semasa ancaman komunis di Tanah Melayu, sebuah rancangan istimewa dikenali sebagai Daurat disiarkan sepanjang siaran biasa. Rancangan dihadapan penonton diperkenalkan apabila Kalappadam memulakan siarannya. Format rancangan itu kini dikekalkan sehingga ke hari ini. Siaran Kalappadam pertama telah disiarkan dari Dewan Bandar KL (kini Dewan Bandaraya).

Sebuah rancangan pentas istimewa mengingati Bapa Merdeka, Tunku Abdul Rahman telah diadakan di Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Berita disiarkan dari Singapura, manakala rancangan seperti berita tempatan, muzik klasik, main radio telah diterbitkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. En. Tanjai Thomas, En. A. Peter, En. S. Swaminathan, En.Rama Iyer, En.Haneef dan En. Sunder Raj adalah perintis dalam penyiaran Bahasa Tamil di Malaysia. Pada tahun 1961, En. R. Balakrishinan menjadi Ketua perkhidmatan Bahasa Tamil. Semasa kepimpinan beliau, perkhidmatan Bahasa Tamil berbunga. Waktu siaran dipanjangkan.

Pada tahun 1970, ia menjadi Rangkaian Merah dan sistem unit diperkenalkan. Pada pertengahan 1970-an, Kamala Desigan menjadi Ketua Rangkaian Merah wanita pertama untuk menyelia perkhidmatan itu. Perkidmatan itu mengalami peluasaan selanjutnya semasa penyeliaan En. Ganpathy dan En. Appadurai. Semasa tempoh itu, sistem unit telah dimansuhkan dan Rangkaian Merah menjadi Radio 6.

Pada tahun 1994, En. V. Poobalan mengambil alih jawatan sebagai pengawal Radio 6. Semasa penyeliaan beliau, siarannya menjadi gelombang FM sepenuhnya dan menjadi stesen radio pertama bersiaran 24 jam dalam Bahasa Tamil pada 1 Julai 1997. Stesen itu menjadi semakin popular oleh pendengar-pendengar dan penaja-penajanya. Tahun 2001 menyaksikan pertukaran baru dalam penyeliaan. Siswazah Universiti Sains Malaysia, En. B. Parthasarathee menjadi ketua baru Radio 6. Antara rancangan baru yang diperkenalkan ialah Kuralamutham, Vetriyalar Or Arimugam dan Ennanggal Vananggal.

Pada 1 April 2005, semua stesen radio nasional RTM kecuali Radio 8 diberi penjenamaan semula memberi satu sikap terbaru. En. Parthasarathee memainkan peranan penting dalam menjenamakan semula Radio 6, menjadi Ketua Seksyen. Minnal FM ialah nama baru diberi pada hari penjenamaan semula. Bekas Menteri Penerangan Dato' Seri Kadir Sheikh Fadzir melancarkan penjenamaan semula di Audiotorium Perdana di Angkasapuri, Kuala Lumpur. Kejadian hebat akan menjadi selamanya pada sejarah penyiaran Bahasa Tamil di Malaysia. Pada tahun yang sama, ketua baru stesen Minnal FM En. Raja Sekaran mula masuk ke pos. Sekarang ada banyak perubahan pada rancangan dan lain-lain peristiwa di luar seperti perayaan Deepavali, persembahan pentas dan lain-lain yang akan datang.

Hari ini Minnal FM ialah sebuah stesen radio popular bersiaran 24 jam, bukan sahaja orang India Malaysia, tetapi orang India di seluruh dunia.